~~ Islam Itu Indah..~~
Dunia Islam
Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba?
Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas
tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.”
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
“Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
datang.Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih
dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku
sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru
berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar
langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini.
Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.Kesibukan
yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
“Hoi budak, Aku di mana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.
Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu
terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka
mulut hendak menjawab.
Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan
bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak.
Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan
membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa
ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara
ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali
astaghfirullah dan selawat 100 kali.”
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar
tersentak.Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di
seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun
egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita
selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ”
tanyanya angkuh.
“Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit
bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat,
bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan
tenang.
“Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya
pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia
berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia
nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher,
kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula
-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku
masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang
kolot, dia yang ketinggalan zaman.
“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. “
“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum
berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang
pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat.
Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam
buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah
berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu
kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah
negara Islam seperti Darul Taqwa.”
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Dimana aku sebenarnya
ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di
tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala
Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah
sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
“Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji
Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan
kebersihan lahir batin bandar ini.”
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow
Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu?
Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk
Dr.Johar.
“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,
lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia
dan Akhirat…”
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring
danjelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai
penguatkuasa.
“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Nerakaamat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di
Akhirat!” rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan
itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya
mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ….Lega. Dahaga, lapar mula
menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum.Tapi di
mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di
tepi-tepi jalan :
“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed AlAbrar,
hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin
supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan
minuman.Sila datang!”
Datuk Dr. Johar orang besar DarulGhurur itu tidak akan mencemar duli
menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke
sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi
kerana lapar ia masuk juga.
“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di siniuntuk lelaki.”
“Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada
perempuan.”Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada
restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”.
Lelaki itu tersenyum.”Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni
kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah
berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,
pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s
Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.
Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak
perempuan,”terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.
“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan
kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…”
“Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya
telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul
Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah
tu… Subhanallah….”Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut
dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan
kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan!”ujarnya kepada pelayan.
“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.
“Ya ! Apa peliknya?”, “Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala
makan berjamaah. Tuan makan seorang ?”tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orangenikmati
makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek!
Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam
goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
“Jemput makan dengan nama Allah yang memberiezeki,” kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin
lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri
bagai kera sumbang.
” Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam
sembahyang jemaah Subuh, “ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang
kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.
“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?”tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu
ringgit ….malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi,
seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.”Susah kita sekarang.
Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya
bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang
kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia
orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama
makan dengan lelaki muda tadi.”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita
dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat
harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya
daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek
negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan
kementerian-kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi
saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan
dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!”ujarnya kepada pelayan restoran.
“Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan….berhentilah sebelum kenyang. Maaf
tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap
pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi.
“Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri
atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di
restoran!” bentaknya. Marah campur geram.
“Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khususuntuk bayi, kanak-kanak
dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang.
Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum
kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!
“Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan.
“Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan
edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya…..”
“Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya.
“Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal
bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang
ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna
berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya.
Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih
kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada
pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam
ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni?
Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH
YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh …
seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan
sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di
atas skrin komputer: ‘RAJA’. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA,
KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..Kepala datuk Dr. Johar makin pusing.
Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit
ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
“Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.T op-hit anak-anak muda sekarang…”
“Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu
kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji,”
“Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul
lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup
rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian getaran suara bergema…. Cintaku berlabuh di persada
rahmat-Mumendamba kasih yang tidak berhujungmengutip sayang di hamparan
cinta suci.Inilah getaran hatiku memburu cinta…….stanza hati merindu
Ilahi!”Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter
bayaran.
“Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …”
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar
dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yangboleh kami terima, kami halalkan sajalah.”
“Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan
berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar
pencuri.”
” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong
tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim
kerana takutkan seksa Neraka.”
“Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk
Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua
pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi
begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot
helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIRTRANSPORT’ sibuk dengan
urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang
jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu
terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak
meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan
senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa
jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk
Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat
itu tiba-tiba meletus.
“Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !”
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr.Johar.
“Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…”
“Habis, mereka mahu apa?”
“Mereka mahu Islam, Datuk!”
“Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
“ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI..
~~ salam ukhuwah..