Monday 14 May 2012

~~ Pagi smua..
xbOle nk tdOr la.. tp sbb xbOle nk tdOr lbh baik Cik Ladies update blOg yg mmg sekian lame dh xterupdate ni.. xde ape pun yg nk di tulis pagi2 ni, mlainkan crita2 yg bOle dikOngsi bersama..

Pagi ni nk tulis pasal :
BILA BANYAK SANGAT PERATURAN BLOG


Aku nie bukan la seorang yang sempurna dari segala kejadian manusia.. Sering juga melakukan kesilapan.. Tapi kadangnya aku terlalu jelik dengan peraturan manusia yang selalunya membuatkan aku kurang selesa.. Entah kenapa aku sering kali dibataskan dengan peraturan yang membuatkan aku tidak lagi bebas tapi still ade pegangan seperti dahulu..
Teringat aku dulu bagaimana aku mula-mula nk create blog.. Punca yang sering aku ingat sampai sekarang ialah aku xbrape nk mahir lam bab2 ni n terlalu muak dan semak bila aku berada di mana² forum yang memaparkan kisah yang ntah ape2.. Terlalu banyak peraturannya.. Yelah.. Walaupun aku xpndai lam bab2 ni tapi aku terlalu gilakan internet, sudah tentulah blog ataupun forum yang menjadi platform aku melepaskan kebosanan dan keletihan time belajar..
Tapi bile tengok2 balik, blog pun dah jadi macam forum.. Banyak sangat peraturan pulak.. Buat itu tak boleh, buat ini pun tak boleh.. Sampai satu tahap tu aku terasa mahu saja aku ‘mengubah identiti’ supaya aku boleh bermula dengan ‘bebas’ kembali dan bOle je rasa nk jadi cm kupu2 ataupun rama2 yang xyah nk fikirkan selOk belOk kehidupan,  dan yg tahu hanyalah kebebasan (terbang).. hihihi(pahamkan ayat ini, penting!)..





















Sejujurnya status aku sekarang sangat keliru.. Aku mahu tulis blog kerana;
1. aku mahukan luahkan perasaan
2. aku mahukan kebebasan  sendiri
3. luahan pengeksperimentasian minda ini
4. memang minat aku menulis!
Ada masanya aku terfikirkan yang no 1, esoknya aku tefikir yang no 3 pulak.. Memang itu menjadi keliru lah kan..
Ye… Aku tau.. Blog sendiri, sendiri punya pasal lah kan.. Aku sendiri yang suka nasihat nie kat orang lain.. Tapi aku sendiri dalam dilema.. Hati manusia siapa yang tahu..

Saturday 5 May 2012


Assalamualaikum semua..

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Cik Ladies..
Xde ape yang dapat saya pOstkn lam saya pnye blOg ni, sekadar cerita2 biasa je..

Entri ini sepatutnya Cik Ladies post pada hari Jumaat namun disebabkan masa tidak mengizinkan pada hari tersebut, maka petang nie barulah dapat pOstkan. Kebetulan baru rasa lapang sedikit disebabkan pening dengan pelbagai assignment yang perlu diselesaikan. Lebih - lebih lagi dah masuk minggu presentasiOn sume tu yang telah berlangsung minggu lalu.. Jadi, dapatlah pOst kan sesuatu yang dapat Cik Ladies kOngsikan dengan blOgger sume disebabkan hari ni merupakan 6 Mei, bersamaan dengan hari Ahad, hari minggu..


Erti Sebuah Kehidupan..

~~ Kehidupan boleh diibaratkan seperti untaian tali temali yang sentiasa bersambungan tetapi pasti ada hujung pangkalnya. Oleh itu, corak kehidupan juga ada peringkat-peringkat tertentu yang perlu dilewati seseorang seiring dengan pertambahan usia yang akhir menemui penghujungnya, Peringkat kehidupan terbahagi kepada lima iaitu:-

* Kehidupan alam pertama iaitu sejak Nabi Adam a.s. diciptakan dan seterusnya melahirkan zuriat manusia.

* Kehidupan kedua sejak manusia dilahirkan ke dunia hasil perhubungan suami isteri sehinggalah berakhir dengan kematian.

* Kehidupan alam ketiga iaitu alam barzakh yang merupakan alam penantian
sementara sebelum dibangkitkan semula oleh Allah s.w.t pada hari pembalasan kelak.

* Kehidupan keempat iaitu semenjak alam barzakh - dihidupkan kembali untuk dikumpulkan bagi menerima pengadilan.

* Kehidupan alam kelima iaitu semenjak penentuan timbangan amal bagi
menentukan ganjaran syurga atau seksaan neraka.

Empat peringkat kehidupan insan yang terawal kesemuanya dipenuhi dengan perjuangan dan gelora kehebatan ujian serta cubaan kecuali kehidupan yang terakhir yang berkesudahan dengan menerima ganjaran atau hukuman. Oleh itu bagi memperolehi kebahagiaan bukan sahaja semas di peringkat awal bahkan berkesudahan dengan ganjaran yang mulia, seorang insan perlu mengambil Islam, Iman, Ihsan, Iradah, dan Ikhlas sebagai landasan dan cerminan kehidupan.

Alangkah cantik dan indahnya jika keislamannya didasari oleh iman. Kemudian imannya diperelokkan dengan ihsan. Lantas, ihsannya pula dihidupkan dengan iradah manakala iradahnya pula disucikan dengan ciri-ciri keikhlasan. Ini merupakan resipi yang tiada tolok bandingnya dalam kembara insane mencari dan menikmati kelazatan serta kemanisan iman yang paling abadi. Malah Allah juga turut berjanji dalam firman-Nya: (At-Tin: 4-6)

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."




~Gambar hiasan~


Kehidupan di dunia ni begitu banyak dugaan dan cabarannya.. Orang yang beruntung 
adalah orang yang dapat menilai dan menjalani kehidupannya di dunia dengan apa yang telah digaris pandukan oleh syarak..

Jadilah manusia yang dapat memanfaatkan diri sendiri dan juga orang lain..
Hanya itu saja yang Cik Ladies dapat kOngsikan dengan blogger smua.. Harap2 kamu semua dapat ilmu dan maklumat dengan ape yng telah Cik Ladies pOstkan tu.. o_Opeace.
Harap jumpa di lain pOsting.. 
Sekian..

Assalamualaikum.. 

Friday 4 May 2012


Kisah azab mayat seorang polis Melayu


gambar hiasan

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.

Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.Ummu Abbas-keranacinta
Wassalam