Saturday 5 May 2012


Assalamualaikum semua..

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Cik Ladies..
Xde ape yang dapat saya pOstkn lam saya pnye blOg ni, sekadar cerita2 biasa je..

Entri ini sepatutnya Cik Ladies post pada hari Jumaat namun disebabkan masa tidak mengizinkan pada hari tersebut, maka petang nie barulah dapat pOstkan. Kebetulan baru rasa lapang sedikit disebabkan pening dengan pelbagai assignment yang perlu diselesaikan. Lebih - lebih lagi dah masuk minggu presentasiOn sume tu yang telah berlangsung minggu lalu.. Jadi, dapatlah pOst kan sesuatu yang dapat Cik Ladies kOngsikan dengan blOgger sume disebabkan hari ni merupakan 6 Mei, bersamaan dengan hari Ahad, hari minggu..


Erti Sebuah Kehidupan..

~~ Kehidupan boleh diibaratkan seperti untaian tali temali yang sentiasa bersambungan tetapi pasti ada hujung pangkalnya. Oleh itu, corak kehidupan juga ada peringkat-peringkat tertentu yang perlu dilewati seseorang seiring dengan pertambahan usia yang akhir menemui penghujungnya, Peringkat kehidupan terbahagi kepada lima iaitu:-

* Kehidupan alam pertama iaitu sejak Nabi Adam a.s. diciptakan dan seterusnya melahirkan zuriat manusia.

* Kehidupan kedua sejak manusia dilahirkan ke dunia hasil perhubungan suami isteri sehinggalah berakhir dengan kematian.

* Kehidupan alam ketiga iaitu alam barzakh yang merupakan alam penantian
sementara sebelum dibangkitkan semula oleh Allah s.w.t pada hari pembalasan kelak.

* Kehidupan keempat iaitu semenjak alam barzakh - dihidupkan kembali untuk dikumpulkan bagi menerima pengadilan.

* Kehidupan alam kelima iaitu semenjak penentuan timbangan amal bagi
menentukan ganjaran syurga atau seksaan neraka.

Empat peringkat kehidupan insan yang terawal kesemuanya dipenuhi dengan perjuangan dan gelora kehebatan ujian serta cubaan kecuali kehidupan yang terakhir yang berkesudahan dengan menerima ganjaran atau hukuman. Oleh itu bagi memperolehi kebahagiaan bukan sahaja semas di peringkat awal bahkan berkesudahan dengan ganjaran yang mulia, seorang insan perlu mengambil Islam, Iman, Ihsan, Iradah, dan Ikhlas sebagai landasan dan cerminan kehidupan.

Alangkah cantik dan indahnya jika keislamannya didasari oleh iman. Kemudian imannya diperelokkan dengan ihsan. Lantas, ihsannya pula dihidupkan dengan iradah manakala iradahnya pula disucikan dengan ciri-ciri keikhlasan. Ini merupakan resipi yang tiada tolok bandingnya dalam kembara insane mencari dan menikmati kelazatan serta kemanisan iman yang paling abadi. Malah Allah juga turut berjanji dalam firman-Nya: (At-Tin: 4-6)

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."




~Gambar hiasan~


Kehidupan di dunia ni begitu banyak dugaan dan cabarannya.. Orang yang beruntung 
adalah orang yang dapat menilai dan menjalani kehidupannya di dunia dengan apa yang telah digaris pandukan oleh syarak..

Jadilah manusia yang dapat memanfaatkan diri sendiri dan juga orang lain..
Hanya itu saja yang Cik Ladies dapat kOngsikan dengan blogger smua.. Harap2 kamu semua dapat ilmu dan maklumat dengan ape yng telah Cik Ladies pOstkan tu.. o_Opeace.
Harap jumpa di lain pOsting.. 
Sekian..

Assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment